Pondok Tahfiz Darul Iman Sangat Memerlukan Bantuan Anda Supaya Tak Tergendala

Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
[RAYUAN BANTUAN WAQAF]
Allah
melihat apa usaha kita di dunia untuk bantu agamaNYA. Perbanyakan lah berinfaq di jalan
kebaikan sepanjang hidup asbab Allah cinta dengan kita.








ما نقصت صدقة من مال وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)
Harta adalah amanah Allah. Allah nak uji kat mana kita spent harta. Di jalan kebaikan kah atau sebaliknya. Lalu bantulah dengan melabur dijalan kebajikan, CONFIRM ada ganjaran dan itu janji Allah bukan seperti janji manusia.
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
Kami sediakan slot-slot tertentu utk beri sumbangan dan boleh pilih mana2 sperti dibwh untuk kos pengurusan pembinaan Pondok.
➡ RM 1000 utk 4 meter persegi
➡ RM 500 utk 1 meter persegi.
➡ RM 100 utk 0.1 meter persegi.
➡ RM 50 utk 0.05 meter pesegi.
Bagi mencukupi dana bg pembinaan siap sepenuhnya tanpa tergendala pada tahun 2021. In sha allah.
Atau sekiranya nak derma berapa-berapa seikhlas hati pun tak apa kami sudi menerimanya janji anda dapat sekali SAHAM AKHIRAT asbab usaha bantu kukuhkan agama ALLAH.
Kemudian lengkapkan borang sumbangan dibawah.
Kaedah pembayaran sumbangan boleh pilih sama ada secara Perbankan Internet/ Mesin ATM atau Perbankan Dalam Talian (Toyyibpay)
P/S : Sekiranya anda menggunakan perbankan dalam talian (toyyibpay) akan muncul ANSI SISTEM SDN BHD di bahagian statement bank, itu adalah third party sistem online transfer yang Pondok Tahfiz Darul Iman gunakan bagi memudahkan beri sumbangan secara dalam talian (online). Duit sumbangan anda tetap Pondok Tahfiz Darul Iman akan terima.
Untuk sumbangan secara manuaL / transfer / CDM boleh bank ini ke akaun dibawah.
PONDOK DARUL IMAN (PADI)
5602 7800 6108
( Sekiranya anda menggunakan online transfer mohon jasa baik tulis " Pondok Darul Iman atau PADI " ye di bahagian Reference Details/Payment Details.)
" Jangan tangguh dalam berbuat kebaikan kerana belum tentu esok kita boleh buat kebaikan tersebut "
Jangan tangguh buat kebaikan, takut esok tiada kesempatan.
Usah beralasan untuk buat amal, kita tak tahu bila nak meninggal.
Nak sedekah jangan dok tunggu kaya nanti, sebab hari ni atau esok mungkin kita dah mati.
Setidaknya kita ada bersama dalam usaha - usaha untuk bantu agama Allah sekiranya ditanya diakhirat kelak apa usaha kita terhadap agamaNya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 148;
“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblatnya sendiri) yang mereka menghadap ke arahnya (ketika solat). Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Ustaz Malek dan jemaah Pondok Tahfiz Pengajian Islam Darul Iman (PADI) mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi menghulurkan bantuan untuk kos pengurusan pembinaan Pondok.
Kami mendoakan juga supaya anda diluaskan rezeki, diberi rezeki yang tak disangka - sangka, diberi kesihatan berpanjangan, diberi jalan keluar daripada kesempitan hidup, dipermudahkan urusan serta semoga Allah swt sentiasa memberkati hidup anda.
Ustaz juga mengalu - alukan sekiranya anda ingin menziarah Pondok Tahfiz Darul Iman (PADI) di Sabah ni bila - bila masa saja.
Di alu alukan juga untuk join group telegram Pondok Darul Iman (PADI) untuk ketahui
update dan progress terkini Pondok Tahfiz Darul Iman. Tekan link dibawah untuk join group.
https://t.me/Pondoktahfizdaruliman
https://t.me/Pondoktahfizdaruliman
https://t.me/Pondoktahfizdaruliman