Allah melihat apa usaha kita di dunia untuk bantu agamaNya. Perbanyakan lah
berinfaq di jalan kebaikan sepanjang hidup asbab Allah cinta dengan kita.
Sekurang kurangnya ada sesuatu yang nak di tunjukan pada Allah atas usaha yang diberikan untuk agama Nya sewaktu di dunia.
Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Perumpaan orang - orang yang mendermakan (sedeqah) harta bendanya dijalan Allah , seperti (orang yang menanam ) sebijh benih yang menumbukan 7 untai dan tiap tiap untai dapat 100 biji dan Allah melipat kali gandakan (balasan ) kepada orang yang berkehendaki , dan Allah Luas ( Anugerahnya ) lagi Maha Mengetahui. " - Surah Al - Baqarah : 261.
Peluang Jana Pahala Berterusan Sehingga Ke Akhirat Walaupun Jasad Sudah Kaku TIada Lagi DI Dunia
Pondok Pengajian Islam Darul Iman 100% bergantung pada sumbangan orang ramai. Sekiranya sumbangan kurang atau terputus maka proses pembinaan boleh tergendala dan pendidikan agama islam terutama Al -Quran dan Hadith pada anak -anak Islam di Sabah ini juga tak dapat dilaksanakan.
Pondok Pengajian Islam Tahfiz Darul Iman ( PADI ) adalah satu - satunya pondok tahfiz khusus di daerah Binsuluk, Membakut, Sabah.
Di sini tahap pemahaman dan syiar islam masih lagi kurang di tahap asas. Anak - anak disini juga kurang terdedah dengan agama dan perlukan didikan sewajarnya disini.
Disebabkan itu Ustaz Abdul Malek B Hitam (pengasas pondok) mengalas tanggungjawab ini sebagai hamba Allah untuk menubuhkan Pondok Pengajian Islam Darul Iman ( PADI ) di daerah ini.
Bagi melahirkan generasi baru golongan alim, ilmuan dan Ulama Islam secara terus menerus di Malaysia. Dalam masa yang sama dapat sebarkan dakwah islam juga.
Alhamdulillah, setakat ini hasil pembinaan Pondok sudah menjangkau 90% dan sudah masuk fasa terakhir dalam pembinaan.
Jangkaan kami Pondok Tahfiz ini akan siap pada awal tahun 2021. Sasaran kami akan mengambil pelajar seramai 80 orang terlebih dahulu untuk batch pertama.
Masyarakat islam sekitar sini dari gologan keluarga miskin, asnaf adalah menjadi keutamaan kami sebagai pelajar tahfiz dan sebagai penaung juga untuk saudara islam kita yang baru.
Disamping itu , akan dibina juga sebuah Masjid bersebelah dengan Pondok. Kini tanah sudah pun diratakan dan mengambil masa untuk masuk dalam fasa 1 dalam pembinaan Masjid. Bagi memudahkan pelajar dan penduduk setempat untuk melakukan aktiviti - aktiviti keagamaan.
Berapa sasaran yang diperlukan untuk pembinaan Pondok dan Masjid ini ?
Dana yang diperlukan lagi untuk siap sepenuhnya untuk fasa terakhir ini dan boleh terus beroperasi in sha allah adalah sebanyak lebih RM 1.3 Juta.
Pondok Pengajian Darul Iman (PADI) dan pembinaan Masjid ini juga tiada tajaan rasmi daripada sesiapa dan memang 100% mengharapkan bantuan waqaf daripada orang awam. Jadi kami sekarang berusaha sebaik mungkin untuk bangunkan pondok dan masjid ini bagi lahirkan ilmuan islam dan sebarkan syiar islam di Sabah ini.
Kami sangat risau sekiranya sumbangan terputus dan proses pembinaan pondok dan masjid ini tergendala.
Oleh sedemikian, kami sangat perlukan kemurahan hati dan bantuan daripada anda. Kami dan Ustaz Malek berharap anda bersama - sama kami ada SAHAM AKHIRAT untuk dibawa di alam sana kelak dengan bangunkan Pondok Pengajian Islam dan Masjid ini kerana setiap duit yang di sedeqah/waqaf kan pahalanya akan sentiasa mengalir kepada anda sehingga kiamat.
Kami beri peluang untuk anda alihkan sedikit harta di dunia ke akhirat sebagai jaminan pembela di alam kubur dan di akhirat. Sangat rugi kalau buat tak tahu, tak ada saham pahala dalam usaha baik untuk agama ini
Ps : Gambar pembinaan Pondok Pengajian Islam Darul Iman (PADI) masih lagi dalam proses pembinaan dan juga tanah Masjid yang sudah diratakan. Untuk mengetahui perkembangan terkini boleh follow fb pages Pondok Pengajian Islam Darul Iman (PADI) dengan tekan link ini : http://bit.ly/fbpagespondokdaruliman
Pihak Masjid dan Pondok Pengajian Islam (PADI) masih lagi memerlukan bantuan waqaf anda untuk sama sama menjayakan pembinaan pembinaan ini bagi luaskan syiar Islam di Daerah Membakut, Sabah ini.
Bayangkan apabila pondok pengajian islam dan masjid ini sudah beroperasi setiap amal ibadah daripada anak -anak tahfiz dan ahli kariah setempat... belajar dan mengaji al quran, hafal al quran dan hadis, buat perkara baik sehingga la sudah berjaya jadi ustaz atau ulama...pahala daripada waqaf/sumbangan, akan anda dapat secara berterusan walaupun anda sudah tidak ada. Dapat jadi pembela anda di alam kubur dan di akhirat, in sha allah.
Sumbangan yang anda sumbangkan tersebut akan anda jumpa balik diakhirat kelak bantu anda saat kesusahan kerana di dunia anda belaja sebahagian harta ke jalan untuk agama Allah.
Dan orang yang bersedeqah Allah beri jaminan hartanya akan diberkati dan tak akan berkurang malah dilipat kali ganda.
ما نقصت صدقة من مال وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)
Harta
adalah amanah Allah. Allah nak uji kat mana kita spent harta. Di jalan kebaikan
kah atau sebaliknya. Lalu bantulah dengan melabur dijalan kebajikan, CONFIRM
ada ganjaran dan itu janji Allah bukan seperti janji manusia.
Alangkah bahagiaanya lagi sekiranya duit yang anda beri sumbangan/waqaf itu niat ikhlas untuk ibu dan ayah yang masih hidup atau sudah pergi. In sha allah, mereka dapat pahala secara berterusan ibarat air sungai yang terus mengalir...
Anda mesti nak jadi anak yang soleh solehah kan ?
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
Boleh niat beri sumbangan untuk ahli keluarga atau mak ayah yang sudah meninggal dunia. In sha allah pahala tersebut akan tetap mengalir membantu dan menemaninya di alam kubur.
Bagaimana nak salurkan waqaf untuk Pondok Pengajian Islam Darul Iman (PADI) dan Masjid ini?
Sumbangan waqaf anda akan di gunakan untuk
1. Pembinaan Pondok Penggajian ( Blok Kelas & Penempatan Pelajar )
2. Masjid
3. Dewan
4. Kos Pengurusan Pondok Penggajian Islam Darul Iman (PADI)
Anda boleh pilih ikut pakej di bawah ini, mengikut kemampuan masing-masing:
➡ Sumbangan Masjid & Pondok Penggajian Islam Darul Iman: RM 1000
➡ Sumbangan Masjid & Pondok Penggajian Islam Darul Iman RM 500
➡ Sumbangan Masjid & Pondok Penggajian Islam Darul Iman: RM 100
➡ Sumbangan Masjid & Pondok Penggajian Islam Darul Iman : RM 50
➡ Sumbangan Masjid & Pondok Penggajian Islam Darul Iman : RM 30
Atau sekiranya nak derma berapa-berapa seikhlas hati pun tak apa kami sudi menerimanya janji anda dapat sekali SAHAM AKHIRAT asbab usaha bantu kukuhkan agama ALLAH.
Kemudian lengkapkan borang sumbangan dibawah.
Kaedah pembayaran sumbangan boleh pilih sama ada secara Perbankan Internet/ Mesin ATM atau Perbankan Dalam Talian (Toyyibpay)
P/S : Sekiranya anda menggunakan perbankan dalam talian (toyyibpay) akan muncul ANSI SISTEM SDN BHD di bahagian statement bank, itu adalah third party sistem online transfer yang Pondok Tahfiz Darul Iman gunakan bagi memudahkan beri sumbangan secara dalam talian (online). Duit sumbangan anda tetap Pondok Tahfiz Darul Iman akan terima.
![]()
Untuk sumbangan secara manual / transfer/ CDM boleh bank ini ke akaun dibawah.
MAYBANK
PONDOK DARUL IMAN (PADI)
5602 7800 6108
( Sekiranya anda menggunakan online transfer mohon jasa baik tulis " Pondok Darul Iman atau PADI " ye di bahagian Reference Details/Payment Details.)
Kami menerima berapa pun yang anda sedeqah untuk Pondok Tahfiz Darul Iman (PADI) ini. Sekiranya beri lebih alhamdulillah atau sekadar kemampuan pun tak apa semoga Allah tambah lagi rezeki dan di mudahkan dibuka jalan - jalan terbaik untuk anda.
" Jangan tangguh dalam berbuat kebaikan kerana belum tentu esok kita boleh buat kebaikan tersebut "
Jangan tangguh buat kebaikan, takut esok tiada kesempatan.
Usah beralasan untuk buat amal, kita tak tahu bila nak meninggal.
Nak sedekah jangan dok tunggu kaya nanti, sebab hari ni atau esok mungkin kita dah mati.
Setidaknya kita ada bersama dalam usaha - usaha untuk bantu agama Allah sekiranya ditanya diakhirat kelak apa usaha kita terhadap agamaNya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 148;
“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblatnya sendiri) yang mereka menghadap ke arahnya (ketika solat). Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Ustaz Malek dan jemaah Pondok Pengajian Islam Darul Iman (PADI) mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi menghulurkan bantuan.
Kami mendoakan juga supaya anda diluaskan rezeki, diberi rezeki yang tak disangka - sangka, diberi kesihatan berpanjangan, diberi jalan keluar daripada kesempitan hidup, dipermudahkan urusan serta semoga Allah swt sentiasa memberkati hidup anda.
Ustaz juga mengalu - alukan sekiranya anda ingin menziarah Pondok Pengajian Islam Darul Iman (PADI) dan tapak pembinaan Masjid di Beaufort, Sabah ni bila - bila masa saja.
Sekiranya anda ada pertanyaan apa -apa boleh menghubungi Pembantu Pondok Darul Iman (PADI) di talian ini
FAIZ
+60 14-911 9246
Atau boleh tekan link whatsapp Ustaz Ukashah dibawah ini.
https://pondoktahfizdaruliman.wasap.my