Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Bersedeqah di bulan RAMADHAN sangat berbeza bersedeqah di bulan yang lain kerana Allah membalas sama seperti ibadah WAJIB malah di gandakan lagi...
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman: "Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu milik Aku (Allah) dan akulah yang akan membalasnya.” (hadith riwayat al-Bukhari,Muslim)
Pondok Darul Tahfiz Darul Iman 100% bergantung pada sumbangan orang ramai. Sekiranya sumbangan kurang atau terputus maka proses pembinaan boleh tergendala dan pendidikan agama islam pada anak -anak Islam di sini juga tak dapat dilaksanakan.
Pondok Pengajian Islam Tahfiz Darul Iman ( PADI ) adalah satu - satunya pondok tahfiz khusus di daerah Binsuluk, Membakut, Sabah.
Di sini tahap pemahaman dan syiar islam masih lagi kurang di tahap asas. Anak - anak disini juga kurang terdedah dengan agama dan perlukan didikan sewajarnya disini.
Disebabkan itu Ustaz Abdul Malek B Hitam (pengasas pondok) mengalas tanggungjawab ini sebagai hamba Allah untuk menubuhkan Pondok Pengajian Islam Darul Iman ( PADI ) di daerah ini.
Bagi melahirkan generasi baru golongan ilmuan dan Ulama Islam secara terus menerus di Malaysia. Dalam masa yang sama dapat sebarkan dakwah islam juga.
Alhamdulillah, setakat ini hasil sumbangan 100% daripada orang awam sudah dibelanjakan sebanyak RM 350 K untuk siapkan Pondok Tahfiz ini daripada asas tapak sehingga lah bahagian atas ( bumbung ).
Jangkaan kami Pondok Tahfiz ini akan siap pada awal tahun 2021. Sasaran kami akan mengambil pelajar tahfiz seramai 80 orang terlebih dahulu untuk batch pertama.
Masyarakat islam sekitar sini dari gologan keluarga miskin, asnaf adalah menjadi keutamaan kami sebagai pelajar tahfiz dan sebagai penaung juga untuk saudara islam kita yang baru.
Berapa sasaran yang diperlukan ?
Dana yang diperlukan lagi untuk siap sepenuhnya dan boleh terus beroperasi adalah sebanyak RM 200 K.
Pondok Tahfiz Darul Iman ini juga tiada tajaan rasmi daripada sesiapa dan memang 100% mengharapkan bantuan daripada orang awam. Jadi kami sekarang berusaha sebaik mungkin untuk bangunkan pondok tahfiz ini bagi lahirkan ilmuan islam dan sebarkan syiar islam dengan bantuan anda juga.
Kami sangat risau sekiranya sumbangan terputus dan proses pembinaan pondok tahfiz ini tergendala.
Oleh sedemikian, di bulan Ramadhan yang mulia ini kami sangat perlukan kemurahan hati dan bantuan daripada anda. Kami dan Ustaz Malek berharap anda bersama - sama kami ada SAHAM AKHIRAT untuk dibawa di alam sana kelak dengan bangunkan Pondok Tahfiz ini kerana setiap duit yang di sedeqah/waqaf kan pahalanya akan sentiasa mengalir sehingga kiamat.
Kami beri peluang untuk anda alihkan sedikit harta di dunia ke akhirat sebagai jaminan pembela di alam kubur dan di akhirat. Sangat rugi kalau buat tak tahu, tak ada saham pahala dalam usaha baik ini..
Ps : Gambar Pondok Tahfiz Darul Iman (PADI) masih lagi dalam proses pembinaan. Untuk mengetahui perkembangan terkini boleh follow fb pages Pondok Tahfiz Darul Iman dengan tekan link ini : http://bit.ly/fbpagespondokdaruliman
Bayangkan apabila pondok tahfiz ini sudah beroperasi setiap tindakan daripada anak -anak tahfiz ini... belajar dan mengaji al quran, hafal al quran dan hadis, buat perkara baik sehingga la sudah berjaya jadi ustaz atau ulama...pahala daripada sedeqah/sumbangan, akan anda dapat secara berterusan walaupun anda sudah tidak ada. Dapat jadi pembela anda di alam kubur dan di akhirat, in sha allah.
Dan orang yang bersedeqah Allah beri jaminan hartanya akan diberkati dan tak akan berkurang malah dilipat kali ganda, lagi - lagi di bulan Ramadhan Al Karim ini.
ما نقصت صدقة من مال وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)
Alangkah bahagiaanya lagi sekiranya duit yang anda beri sumbangan itu niat ikhlas untuk mak dan ayah yang masih hidup atau sudah pergi. In sha allah, mereka dapat pahala secara berterusan ibarat air sungai yang terus mengalir...
Anda mesti nak jadi anak yang soleh solehah kan ?
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
Bagaimana nak salurkan bantuan untuk Pondok Tahfiz ini?
Anda boleh pilih ikut pakej di bawah ini, mengikut kemampuan masing-masing:
➡ Sumbangan Pondok Tahfiz : RM 1000
➡ Sumbangan Pondok Tahfiz : RM 500
➡ Sumbangan Pondok Tahfiz : RM 100
➡ Sumbangan Pondok Tahfiz : RM 50
➡ Sumbangan Pondok Tahfiz Seikhlas Hati
Kemudian lengkapkan borang sumbangan dibawah.
Kaedah pembayaran sumbangan boleh pilih sama ada secara Perbankan Internet/ Mesin ATM atau Perbankan Dalam Talian (Toyyibpay)
P/S : Sekiranya anda menggunakan perbankan dalam talian (toyyibpay) akan muncul ANSI SISTEM SDN BHD di bahagian statement bank, itu adalah third party sistem online transfer yang Pondok Tahfiz Darul Iman gunakan bagi memudahkan beri sumbangan secara dalam talian (online). Duit sumbangan anda tetap Pondok Tahfiz Darul Iman akan terima.
Untuk sumbangan secara manual / transfer/ CDM boleh bank ini ke akaun dibawah.
MAYBANK
PONDOK DARUL IMAN (PADI)
5602 7800 6108
( Sekiranya anda menggunakan online transfer mohon jasa baik tulis " Pondok Darul Iman atau PADI " ye di bahagian Reference Details/Payment Details.)
Kami menerima berapa pun yang anda sedeqah untuk Pondok Tahfiz Darul Iman (PADI) ini. Sekiranya beri lebih alhamdulillah atau sekadar kemampuan pun tak apa semoga Allah tambah lagi rezeki dan di mudahkan dibuka jalan - jalan terbaik untuk anda.
Ustaz Malek dan jemaah Pondok Tahfiz Pengajian Islam Darul Iman (PADI) mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi menghulurkan bantuan.
Kami mendoakan juga supaya anda diluaskan rezeki, diberi rezeki yang tak disangka - sangka, diberi kesihatan berpanjangan, diberi jalan keluar daripada kesempitan hidup, dipermudahkan urusan serta semoga Allah swt sentiasa memberkati hidup anda.
Ustaz juga mengalu - alukan sekiranya anda ingin menziarah Pondok Tahfiz Darul Iman (PADI) di Sabah ni bila - bila masa saja.
Sekiranya anda ada pertanyaan apa -apa boleh menghubungi Setiausaha Pondok Darul Iman (PADI) iaitu Ustaz Ukashah di talian ini
+60138136870 ( Ustaz Ukashah )
Atau boleh tekan link whatsapp Ustaz Ukashah dibawah ini.
https://pondoktahfizdaruliman.wasap.my